Umrah

Andalusia Travel, Juara Travel, Tiram Travel, Rayhar Travel- Siapa Top?

Andalusia Travel, Juara Travel, Tiram Travel – Siapa Top?

Apabila berniat menunaikan umrah, ada beberapa perkara yang akan menjadi pilihan semua, antaranya ialah pakej umrah dari agensi yang ternama dan dipercayai serta mempunyai reputasi yang baik di Malaysia. Ada beberapa senarai Agensi umrah yang paling berpengaruh dan mempunyai reputasi yang baik dan menjadi pilihan kebanyakan orang di Malaysia. Namun dalam proses pemilihan agensi pengelola umrah, anda dinasihatkan untuk membuat kajian ke atas agensi-agensi yang terpilih terutamanya yang menawarkan pakej harga yang tersangat murah.

Andalusia Travel and Tours

Bila sebut sahaja umrah, pasti terlintas di fikiran semua tentang pakej umrah di Andalusia.Siapa yang tidak kenal dengan Andalusia Travel & Tours di Malaysia? Antara agensi yang paling popular ini Malaysia dan membawa ribuan jemaah umrah setiap tahun. Andalusia dikenali dengan pakej umrah beserta melancong dengan harga mampu milik.Andalusia juga terkenal dengan pakej pelancongan Timur Tengah yang dipercayai dan selesa.

Kelebihan menunaikan Umrah bersama Andalusia

Mempunyai pelbagai pakej umrah dari semurah RM 5,000 seorang hingga mencecah sehingga RM 9,900 seorang untuk tempoh 12 hari 10 malam.
Menyediakan pakej penerbangan secara terus ke Jeddah dan Madinah.
Pelbagai pakej menarik termasuk Umrah dan melancong yang disekalikan dalam satu harga, lebih jimat.
Pemilihan hotel yang selesa dan berdekatan dengan Masjid Nabawi
Menawarkan 0 deposit tertakluk kepada terma dan syarat – tempah sekarang sehingga kerajaan Arab Saudi menarik balik larangan umrah semula.

Kekurangan Andalusia Travel

Penukaran tarikh oleh jemaah akan dikenakan surcaj RM 50 seorang
Pakej yang sentiasa penuh kerana tarikh umrah yang disediakan adalah kebanyakan adalah tarikh-tarikh yang tinggi permintaan.
Kursus umrah hanya pada waktu hujung minggu sahaja dan sentiasa penuh kerana kursus diadakan secara terbuka bukan hanya kepada jemaah umrah.
Untuk pakej yang murah, dinasihatkan untuk faham butiran pakej apa yang termasuk dan tidak termasuk dalam pakej supaya anda tidak merasa tertipu dengan caj tambahan lain.

Juara Travel & Tours Sdn Bhd

Satu lagi agensi yang semakin mendapat tempat pilihan di media sosial dan selalu mendapat “review” yang baik dari pelanggan mereka. Berpengalaman selama lebih dari 10 tahun dan mengendalikan lebih dari 30,000 jemaah umrah sehingga kini. Popular dengan tema “Pakej Umrah Mampu Terbang”. Juara Travel & Tours mula dipilih antara salah satu agensi umrah terbaik kerana menyediakan pembayaran pakej umrah secara ansuran.

Kelebihan Umrah bersama Juara Travel
Pakej serendah RM 6,490 seorang untuk tempoh 12 hari 10 malam
Pakej paling tinggi ialah RM 8,000 +++
Menyediakan Pelan Bayaran mudah dengan kad kredit Maybank
Ada khidmat 0 deposit tertakluk kepada terma dan syarat.
Pilihan penginapan hotel 3/4/5 bintang yang berbeza
Mempunyai Muassasah sendiri yang mengeluarkan visa umrah.
Program kuliah di tanah suci sepanjang program

Kekurangan
Harga pakej tidak termasuk pengurusan visa & Insuran di Arab Saudi
Hanya menggunakan satu penerbangan sahaja iaitu Saudi Arabian airline pada tahun 2021
Pakej terhad iaitu hanya pakej umrah sahaja tanpa melancong
Pakej umrah dibuka bermula bulan

Tiram Travel

Syarikat agensi yang menawarkan pakej umrah dan pelancongan. Merupakan anak syarikat Johor Corporation yang beroperasi sejak tahun 1982. Menyediakan tempahan tiket ke seluruh dunia mengikut permintaan pelanggan. Tiram Travel terkenal dengan pakej umrah yang murah dan juga pelbagai pakej pelancongan yang menarik dengan harga yang berpatutan.

  • Kelebihan umrah bersama Tiram Travel
    Harga pakej umrah yang rendah bermula dari RM 5,690 seorang sehingga
    RM 6,390 seorang
    Menyediakan pakej umrah seawal bulan Januari 2021
    Mempunyai 29 cawangan seluruh Malaysia
    Menyediakan penjagaan di Hospital Arab Saudi jika jemaah bermasalah
    Menyediakan penerbangan secara terus ke Madinah
    Insuran sepanjang program
    Mempunyai cawangan diseluruh Malaysia.
  • Kekurangan
    Perlu deposit yang tinggi iaitu RM 500 seorang
    Kekurangan info di laman web

Rayhar Travel

Berpengalaman lebih dari 31 tahun dalam pengendalian Umrah dah Haji. Rayhar travel juga menawarkan pakej pelancongan Muslim-Friendly. Bermula daripada tahun 1990, memulakan operasi sulungnya dengan membawa 50 orang jemaah Haji ke Tanah Suci pada 1410 hijrah.

Kelebihan
Menawarkan 3 jenis pakej iaitu pakej ekonomi, standard dan premium
Harga pakej serendah RM 6,190 bagi pakej ekonomi dan sehingga RM 7,390 seorang bagi pakej premium.
Pakej termasuk harga insurans, tiket penerbangan termasuk cukai lapangan terbang. Menyediakan tiket penerbangan yang berbeza dan bilik hotel yang berbeza.
Menu dan jamuan makan yang berbeza
Antara agensi yang mempunyai hubungan kuat dengan Tabung Haji dan mendapat kuota haji dari TH.
Tawarkan 0 deposit untuk umrah tahun 2021

Kekurangan
Harga yang agak mahal bagi pakej ekonomi berbanding agensi lain
Kursus umrah percuma namun tarikhnya dan tempat agak terhad
Tidak semua negeri mempunyai cawangan Rayhar

Tabung Haji Travel
Pakej ditawarkan sendiri oleh Lembaga Tabung Haji, TH Travel & Services Sdn Bhd adalah anak syarikat Lembaga Tabung Haji. Dengan pengalaman luas mengendalikan jemaah di Tanah suci, TH travel menjadi salah satu pilihan yang popular masa kini. Tabung Haji lebih dikenali sebagai pengelola Haji namun mereka juga menyediakan pakej umrah mampu milik

Kelebihan
Mempunyai pelbagai pakej serendah RM 5,990 seorang sehingga yang paling mahal RM 9,990 seorang.
Pakej termasuk perlindungan takaful berkelompok
Berpengalaman luas dalam mengendalikan jemaah di seluruh Malaysia
Tiada risiko ditipu
Pilihan hotel yang berdekatan sehingga paling dekat 50 meter dari Masjidil Haram
Khidmat umrah mesra kanak-kanak

Kekurangan
Harga pakej yang agak mahal untuk 7 hari berbanding agensi lain
Lokasi kursus umrah percuma yang disediakan terhad di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

Kesimpulan
Secara keseluruhan ini hanyalah kajian berdasarkan keadaan semasa pada tahun ini 2020, dan penilaian secara tidak rasmi dari pembacaan di media sosial. Harga dan terma syarat setiap pakej adalah berbeza dan boleh menjadi berbeza mengikut waktu. Memandangkan tahun ini 2020, kemasukan ke Arab Saudi masih disekat, maka setiap travel agen untuk umrah akan menawarkan harga yang lebih rendah bagi menarik pelanggan pada tahun hadapan. Jika anda berniat melakukan umrah, pilihan pakej umrah harus diteliti bagi mana-mana agensi supaya tiada perbalahan dikemudia hari.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *