Haji

5 Tips Untuk Menunaikan Ibadat Haji

Ibadat Haji merupakan rukun ke lima dalam agama yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam yang berkemampuan. Bagi yang belum berkemampuan, wajib mempunyai niat dan usaha untuk menunaikan rukun ke lima ini. Namun prosesnya agak rumit berbanding dengan umrah kerana ianya mempunyai limit kuota setiap tahun dan harga yang agak mahal. 

Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membimbing anda dan memberikan tips berguna buat anda yang bakal menjadi jemaah Haji. Tahukah anda jika anda mendaftar Haji pada tahun ini, anda mungkin akan mendapat giliran menunaikan Haji pada tahun 2100 ke atas? Persoalannya mampukah menunggu? Jangan risau kerana giliran yang dikeluarkan oleh Tabung Haji adalah giliran tahunan sahaja dan tak mustahil akan di percepatkan. 

5 Tips Sebelum Menunaikan Ibadat Haji

 

  • Buka Akaun Tabung Haji dan Daftar Haji

 

Perkara pertama bagi setiap Muslim yang mempunyai niat untuk melakukan Haji ialah membuka akaun Tabung Haji dan mendaftar Haji.Caranya adalah dengan mendepositkan ke dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM1300 supaya mendapat giliran dalam senarai menunggu jemaah Haji Malaysia.

 

Adalah penting untuk mendaftar Haji lebih awal kerana jarak giliran yang diberikan adalah terlalu jauh namun ianya boleh di percepatkan atau boleh membuat rayuan giliran jika akaun anda telahpun cukup jumlahnya. Bagi sesiapa rakyat Malaysia yang mempunyai caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) boleh menggunakan akaun 2 sebanyak RM1300 untuk mendaftar Haji di Tabung Haji dengan membuat permohonan secara atas talian/manual di KWSP. Pendaftaran Haji boleh dilakukan dimana-mana cawangan Tabung Haji.

 

 

  • Kumpul Duit simpanan / Menguruskan Kewangan

 

Tips kedua ialah, pastikan anda mengumpul duit didalam akaun Tabung Haji sekurang-kurangnya RM10k ke RM15k. Ianya mungkin nampak susah namun jika anda konsisten dalam membuat simpanan secara teratur tidak mustahil anda mampu mengumpul amaun yang diperlukan. 

 

Harga kos sebenar Haji ialah RM 22k hingga RM23k seorang untuk Rakyat Malaysia, harganya berbeza setiap tahun tetapi dengan subsidi yang disediakan oleh kerajaan melalui Tabung Haji bagi kategori Jemaah Haji Muassasah, kos yang perlu dibayar oleh kita adalah RM9,980 sahaja dan selebihnya akan ditanggung melalui subsidi. Tetapi subsidi ini hanyalah untuk jemaah kali pertama yang menunaikan Haji.

 

Seandainya simpanan anda telahpun mencecah RM10k anda sudah pun boleh 

membuat rayuan di Tabung Haji untuk memcercepatkan giliran,setiap tahun Tabung Haji akan membuka kaunter permohonan untuk mengganti kan sesiapa yang telahpun sampai gilirannya namun tidak dapat menyertai jemaah Haji pada tahun itu atas faktor kewangan, kesihatan akan digantikan dengan yang membuat permohonan. Jadi penting untuk mencukupkan jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM 10k.

 

Untuk pengetahuan anda, setiap tahun akan ada hampir 50% jemaah Haji yang telahpun sampai gilirannya tidak dapat menunaikan Haji kerana tidak melepasi ujian kesihatan dan faktor inilah yang menyebabkan kuota yang sepatutnya penuh mempunyai kekosongan. Contohnya jemaah yang terlalu tua dan mempunyai penyakit yang berisiko tinggi, wanita yang hamil dan faktor kewangan yang belum cukup walaupun giliran telah sampai.

 

  • Hadiri Kursus

 

Persediaan sebelum pergi menunaikan Haji jika terpilih adalah wajib menghadiri kursus yang disediakan oleh Tabung Haji. Ada tiga jenis kursus yang perlu diikuti oleh semua bakal jemaah haji.

 

  • Kursus Asas Haji (KAH)

 

Kursus Haji peringkat pertama sebelum ke Tanah Suci dan terbuka kepasa sesiapa sahaja. Intipati kursus adalah mengenai ibadah Haji yang asas seperti pengurusan Haji, kesihatan dan lain-lain. Kursus ini diadakan setiap tahun bermula dari bulan Rabuilawal hingga Jamadiakhir pada setiap tahun di Masjid-masjid terpilih seluruh Malayia yang bekerjasama dengan Tabung Haji. Tempoh kursus adalah 4 bulan 1 minggu. Tenaga pengajar adalah daripada orang yang dilantik oleh JAKIM. Jadual boleh dirujuk di laman sesawang Tabung Haji.

 

  • Kursus Intensif Haji (KIH)

 

Kursus peringkat kedua dan hanya untuk calon yang terpilih pada tahun tersebut. 

Selalunya diadakan pada setiap bulan Rejab dan Syaaban setiap tahun. Mengambil masa selama dua hari sahaja untuk melengkapkan modul pembelajaran seperti Ibadat Haji, penjagaan kesihatan di Tanah Air dan Tanah Suci. Kursus ini akan mengupas dengan lebih mendalam tentang persediaan yang diperlukan oleh jemaah Haji dari segi mental dan fizikal. Setiap jemaah akan mendapat surat dan jadual kursus melalui surat atau atas talian.

 

  • Kursus Khas Haji

 

Ini merupakan kursus lanjutan daripada kursus intensif Haji dimana terbuka kepada setiap peserta  yang mendapat markah dibawah 39% semasa ujian kefahaman ibadat kursus Intensif. Ini adalah inisiatif khas kepada jemaah yang kurang memahami tentang ibadah haji dan persediaanya di kursus intensif dan dijalankan selama satu hari sahaja. 

 

 

  • Kursus Perdana

 

Kursus peringkat akhir sebelum jemaah berlepas ke Tanah Suci dan ianya 

terbuka kepada semua bakal jemaah Haji yang terpilih. Kursus akan dijalankan selama satu hari pada bulan Syawal disetiap daerah negeri masing-masing. Dalam kursus ini juga akan diajar secara praktikal seperti aktiviti melontar jamrah pada waktu malam.

 

  • Pemeriksaan Kesihatan Wajib dan Dokumen Yang Diperlukan

 

Setiap bakal jemaah Haji yang terpilih perlu melalui pemeriksaan kesihatan am seperti 

  tekanan darah, ujian darah, ujian air kencing untuk mengetahui tahap kesihatan jemah. 

  Juga wajib mengambil vaksin Anti Meningitis Meningococcal Quadrivalent ACYM-135 

dan sebarang jenis suntikan tamabahan yang disyaratkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Setiap pemeriksaan kesihatan hendaklah diperolehi oleh pegawat perubatan yang dibenarkan sahaja. Senarai tempat pemeriksaan kesihatan boleh dilihat di laman sessawang Tabung Haji.

Dokumen Wajib 

  • Pasport hendaklah diserahkan di cawangan tabung Haji
  • Buku kesihatan dan Vaksin
  • Visa Haji
  • Gambar pasport
  • Salinan Sijil Nikah (terjemahan dalam bahasa Inggeris)
  • Pengenalan Diri (akan diberi oleh pihak Tabung Haji)

 

  • Barangan Yang Harus Dibawa

 

Pastikan anda mendapat checklist barangan yang perlu dibawa semasa Haji untuk jemaah lelaki dan perempuan, barangan peribadi yang diperlukan, kit Haji untuk wuduk, pakaian wajib seperti kain ihram bagi lelaki dan telekung bagi perempuan dan lain-lain.Jemaah Haji akan diberi tag khas untuk memudahkan kita mengenal pasti jemaah dari kalangan tersendiri

 

Senarai Barangan Asas Yang Wajib Dibawa Oleh Jemaah Haji :

  • 2 Set kain ihram untuk lelaki, satu untuk dipakai dan satu lagi sebagai tambahan atau kain ihram ganti.
  • 2 pasang telekung untuk jemaah wanita untuk pakai berganti-ganti
  • 2 Set pakaian di Mina
  • 2 – 3 set pakaian untuk diganti-ganti di Mekah
  • Baju khas untuk dipakai didalam bagi jemaah (untuk menyimpan dokumen, duit dan barangan berharga dengan lebih selamat)
  • Kit kebersihan diri – boleh dibeli secara set lengkap di kedai barangan Haji
  • Gunting atau alat pencukur untuk tahalul
  • Uncang kasut untuk simpan kasut berdekatan terutamanya di dalam khemah  di Arafah kerana ada kes kasut jemaah yang diletakkan diluar hilang.
  • Kasut untuk melontar (jemaah lelaki kena pakai sandal bertali dan bukan bertutup kerana masih dalam ihram.
  • Kit wuduk (mengandungi spray wuduk yang sangat-sangat diperlukan)
  • Selipar ke masjid dan uncang nya (penting diletakkan selipar berdekatan anda untuk mengelakkan ianya dicuri atau hilang, perkara yang kerap kalu berlaku di Tanah Suci.
  • Uncang batu untuk melontar jamrah
  • Tag nama dan tag bagasi yang lengkap dengan detail untuk elakkan bagasi hilang tanpa dikesan (Tag nama harus sentiasa dipakai)
  • Kad kesihatan dan kad detail hotel (ada kes jemaah yang tersesat dan lupa nama hotel penginapan)
  • Ubatan yang diperlukan lebih-lebih lagi jika anda menghidapi penyakit yang memerlukan ubatan khas seperti insulin, ubat cair darah, ubat jantung dan lain-lain. (bersama preskripsi daripada doktor)

 

Senarai Barangan Yang Tidak Boleh Dibawa dan Perkara Yang Dilarang Dilakukan Oleh Jemaah :

  • Kad bank atau kad kredit yang banyak.
  • Segala bentuk risalah, buku atau sebarang penerbitan yang mengandungi unsur ideologi politik bagi tujuan propaganda
  • Barang kemas yang terlalu banyak (risiko keselamatan)
  • Matawang Malaysia tidak melebihi RM 2000
  • Matawang Asing tidak melebihi RM 10,000
  • Jangan membawa cairan melebihi 100 mililiter dalam tas tangan kecuali ubat.
  • Sebarang bentuk senjata tajam. 
  • Jangan berniat mengambil batu di Arafah untuk dibawa balik.

 

Secara ringkasnya, jika terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun tersebut, pastikan anda membuat banyak bacaan dan persediaan awal sebelum berangkat kerana berada di Tanah Suci pada waktu Haji adalah waktu kemuncak di mana terlalu ramai jemaah dari seluruh pelusuk dunia akan berada di sana. Tetapkan niat dan mohon dipermudah kan segala urusan agar di jauhkan dengan masalah di sana. Kenal pasti jemaah lain yang bersama anda dan mutawif-mutawif khas dari Malaysia jika anda perlukan bantuan.

 

Walaupun kos Haji adalah tinggi, ianya bukanlah milik orang kaya sahaja, ia milik semua kerana walaupun mempunyai wang yang melimpah ruah namun faktor lain seperti kesihatan, kuota yang penuh dan pelbagai faktor lain akan mempengaruhinya. Hanya Allah yang berhak memilih siapa yang akan menjadi tetamu HajiNya saban tahun. Kuncinya adalah usaha, berdoa dan bertawakal moga giliran di percepatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *